Buka Akaun!

Apa yang paling penting dalam FOREX?

Anda juga boleh layari di sini

Tuesday, February 16, 2010

Cinta pada forex…

Cinta itu Buta

Seperti kata orang, cinta itu buta, akibat cinta ramai yang merana. Kata orang lagi, bila dilamun cinta, ‘makan tak lalu, tidur tak lena’.

Tak perlulah saya huraikan lebih panjang tentang cinta kerana pasti ramai yang telah melaluinya. Apa yang ingin diperkatakan di sini ialah cinta pada forex. Ya, cinta pada forex. Tak salah kalau dikatakan ada trader yang seperti ‘bercinta’ dengan forex. Siang malam pagi petang ingatkan forex. 24 jam sehari mengadap forex. Mandi bagai tak basah, makan bagai tak kenyang, tidur tak lena kerana forex. Yang lebih teruk lagi, kalau nak tinggal komputer pun jadi takut (sampai bawa laptop ke meja makan)… takut kerugian L

Bila kecewa dalam berkasih, hati terluka. keyakinan diri dan kepercayaan terhadap orang lain semakin menipis. Kesedihan menyelubungi diri untuk seketika sehingga luka di hati benar-benar sembuh. Dan bila tiba masanya, sisa-sisa keyakinan diri dikumpul semula untuk meneruskan kehidupan. Hati yang kecewa terubat sudah dan si single tadi bersedia untuk terjerumus kembali kelembah cinta.

Begitu juga bagi forex- ramai yang merana kerananya. Kecewa bila kerugian, gembira bila mendapat keuntungan. Dalam berkasih, kesilapan kecil masih boleh diterima, tapi bila perang dingin dah jadi perang panas hati mula sakit, perasaan kecewa membunuh semangat (Frust menonggeng J) Dalam forex pula, sama juga, rugi sikit-sikit boleh diterima, bila rugi besar, nak buka mulut pun malas. Fikiran kusut, rambut berserabut.

D alam dunia forex, pencintanya kecewa bila kerugian tak tertanggung terpaksa juga ditanggung. Bila ini berlaku, semuanya jadi tak kena. Untuk seketika, kita perlukan masa untuk mengubati luka. Kita perlukan masa untuk bermuhasabah; apa yang tidak kena, di mana silap kita, atau paling tidakpun, kita perlukan masa untuk menenangkan fikiran. Bagi yang kuat semangat, sisa-sisa keyakinan diri dikumpul semula dengan lebih pantas dan perjuangan dalam forex diteruskan semula. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Bagi yang mempunyai kekuatan diri, mereka sedar bahawa kesabaran dalam menghadapi kegagalan adalah pelengkap diri untuk mencapai kejayaan!

Walaubagaimanapun, janganlah dijadikan cinta pada forex itu cinta yang buta. Dalam forex kita perlu sentiasa sedar akan tindakan kita. Kita perlu sentiasa berhati-hati. Setiap langkah diambil dengan berwaspada. Manakan tidak, dalam dunia forex kita berhadapan risiko di hujung jari. Satu klik mungkin berharga puluhan atau ratusan dolar. Begitu mudah untuk mempertaruhkan wang kita.

Jangan pula anda berpendapat anda perlu sentiasa mengadap komputer 24/7 untuk mendapat hasil trading forex. (Berkepit dengan komputer bagai pasangan muda yang dilamun cinta ;) Jika kena caranya, berdagang forex beberapa minit sehari sudah mampu memberikan pendapatan yang lumayan. Dengan pengalaman dan pembelajaran yang cukup, anda dapat mengenali dan mencintai forex tanpa menjadikan cinta padanya cinta buta! Jadikanlah matlamat anda mempelajari forex sehingga anda mampu mendapat keuntungan berterusan dan dapat berdagang dengan tenang dan santai…macam pro!

No comments:

Post a Comment