Buka Akaun!

Apa yang paling penting dalam FOREX?

Anda juga boleh layari di sini

Tuesday, February 16, 2010

Definisi Istilah Analisis Teknikal

Analisis Teknikal

Analisis teknikal adalah satu daripada dua kaedah menjangka dan menentukan corak pergerakan harga masa depan berdasarkan kajian menggunakan statistik yang diperolehi daripada aktiviti dagangan (seperti harga di masa lepas). Kedah ini membabitkan penggunaan carta dan pelengkapannya (‘tools’) untuk mengenal pasti patern pergerakan harga (naik/turun) dan menentukan anggaran jumlah kenaikan dan penurunan seterusnya .

Pakar-pakar pengkaji analisis teknikal percaya bahawa sejarah aktiviti dagangan masa lepas dapat menentukan corak pergerakan harga di masa depan.

Bagi memahami perbezaan di antar ke dua-duanya, penganalisis memberikan contoh berikut;

Bayangkan anda ingin membeli barangan dari sesebuah pasaraya-

Untuk analisis asas atau fundamental; bagi senario di atas, anda akan mempertimbangkan dan mengkaji dari sudut nilai, kualiti , jenis, kepelbagaian barangan yang dijual di pasaraya berkenaan.

Untuk analisis teknikal: bagi senario yang sama di atas, anda akan mempertimbangkan dan mengkaji corak dan aktiviti keluar masuk pelanggan ke pasaraya berkenaan. Anda juga masuk membeli berdasarkan jumlah ramai pelanggan yang masuk membeli di situ.

Jika anda lihat Meta4, ini adalah bentuk analisis teknikal di mana anda menggunakan carta dan kelengkapan yang disediakan di dalamnya bagi tujuan memaksimumkan penggunaan dan keberkesanannya.

Prakata Forex

Salam sejahtera.

Jika anda sedang membaca coretan ini, ini bermakna anda mempunyai minat untuk mempelajari forex. Jika tidak, tentu anda tidak akan menemui laman web ini.

Pada pandangan saya, anda mungkin telah meluangkan berjam-jam daripada masa anda mencari laman web yang menceritakan secara terperinci tentang Forex. Anda mungkin telah cuba memasukkan satu demi satu kata kunci untuk mendapat keputusan carian yang anda inginkan. Anda mungkin telah melayari berbelas-belas laman web dan masih tidak menemui apa yang anda mahukan; panduan yang mudah anda fahami tentang forex. Pasti anda perlukan bantuan dalam soal ini. Walaubagaimanapun, kami berharap pencarian anda akan berakhir di sini.

Untuk itu, selamat datang kami ucapkan kepada anda.

Sebagai pembuka kata untuk merasmikan pertemuan kita di hari ini, ingin saya sentuh secara ringkas mengenai pelaburan forex secara online. Bagi anda yang baru cuba mengenali dunia dagangan matawang, ingin saya katakan sekali lagi bahawa Forex adalah salah satu pelaburan berisiko tinggi. Ia bukan sama sekali satu skim cepat kaya walaupun ada pedagang Forex yang mampu menjana ribuan ringgit dalam masa sehari. Pastikan anda tidak keliru di antara skim cepat kaya dengan dagangan matawang. Dagangan matawang sama sekali tidak memerlukan anda mencari “kaki-kaki” yang akan menjana pendapatan untuk anda ;)

Forex, bagaimanapun, membabitkan pelaburan di pihak anda dan kerana urusniaga dijalankan melalui internet, anda tidak perlu memandu ke hulu dan ke hilir untuk melakukan dagangan matawang ini. Yang anda perlukan hanyalah sebuah komputer, sambungan (akses) ke internet dan sedikit pengetahuan Bahasa Inggeris . Memandangkan anda sedang membaca apa yang dituliskan di sini, maka, pastinya anda sudah memiliki komputer dan akses ke internet :) Seterusnya, jika anda bersekolah dan membesar di negara kita yang tercinta ini, saya pasti, sekurang-kurangnya anda faham perkataan-perkataan mudah dalam Bahasa Inggeris seperti buy/sell, stop, close dan beberapa perkataan lain lagi. Jangan bimbang. kami akan jadikan proses anda mempelajari iforex ini satu proses yang mudah dan berkesan ;) insyaAllah

Sebenarnya, sehingga ke hari ini, dagangan forex di seluruh dunia membabitkan wang berjumlah usd3.2 trillion. Satu angka yang cukup besar. Tidakkah anda terfikir bahawa daripada jumlah yang besar ini, ada sedikit bahagian untuk anda? Sudah tentu … jika anda tidak kerugian dalam pelaburan anda ;) Oleh itu, perlulah diingat, forex adalah dunia untuk mencari keuntungan, bukan arena yang diceburi untuk menanggung kerugian. Dan, untuk menjamin keselamatan dana anda, anda perlu membuat persediaan diri yang cukup lengkap sebelum melangkah masuk ke dalam dunia forex. Ringkasnya, jangan tergesa-gesa. Golongan profesional dalam bidang ini akan menasihati anda supaya memulakan latihan anda dengan akaun demo dulu selama sekurang-kurangnya sebulan sebelum membuat pelaburan wang anda. Ada yang mencadangkan setahun untuk persiapan diri :0 Sebenarnya, anda sendirilah yang menentukan tempoh latihan yang sesuai untuk anda.

Tujuan anda berlatih bukan saja kerana anda tidak mahu kehilangan wang anda, tetapi juga untuk mendisiplinkan diri anda. Dalam arena Forex, disiplin adalah antara faktor terpenting yang menentukan anda dapat menikmati keuntungan anda. Maksudnya, mungkin mudah bagi anda untuk membuat keuntungan, tetapi adakalanya, satu kesilapan boleh membuatkan keuntungan yang anda telah kumpul hilang dalam sekelip masa. Disiplin perlu ada pada setiap masa. Setiap urus niaga dagangan walaupun dijalankan dengan hanya satu atau dua klik pada papan kekunci komputer anda mampu mengakibatkan kemusnahan yang teruk dalam akaun anda jika anda tidak berhati-hati.

Oleh sebab itu, anda disarankan memperlengkapkan diri sebaik yang mungkin sebelum melangkah masuk ke arena dagangan forex ini dengan wang anda sendiri.

Satu lagi yang perlu disebut di sini ialah jika anda ingin melaburkan wang ke dalam forex, pastikan wang yang anda laburkan adalah wang lebihan yang anda tidak kisah jika mengalami kerugian. Pastikan anda mempunyai simpanan lain atau jumlah lain untuk perbelanjaan seterusnya kerana ada kemungkinan wang yang anda laburkan tidak akan anda dapat kembali. Jika keadaan sebaliknya berlaku, iaitu anda dapat melipat gandakan jumlah pelaburan anda dengan keuntungan yang dikutip, alhamdulillah.

Akhir sekali, bagi anda yang berminat membeli buku forex dalam Bahasa Malaysia keluaran kami yang terbaru, sila lihat about me di sebelah kanan.

Kelas Forex

Kenapa memilih Kelas KolejForex?

Kolejforex menawarkan kelas kepada anda yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut tentang forex. Melalui kelas asas ilmu forex, anda akan diajar sedari mula sehinggalah ke akhir- matlamat kami ialah supaya anda dapat membuka akaun anda sendiri, membuka post sendiri, yakin dengan keputusan anda dan mengaut keuntungan. Anda akan dibimbing melakukan semua ini tanpa sebarang tekanan.

Dari segi harga, Kelas yang kami tawarkan adalah cukup murah berbanding kelas-kelas yang ditawarkan oleh pihak lain. Caj tetap sebanyak RM250 (belajar di KL) seorang adalah amat berpatutan kerana anda juga dapat memiliki ebook kami secara percuma. Kelas juga dijalankan selama satu hari dan selagi anda tidak faham, silakanlah bertanya. Kelas yang kami tawarkan di lokasi kami memuatkan tidak lebih daripada 4 orang. Kelas yang kecil juga membolehkan anda mendapat perhatian yang cukup daripada sifu anda.

Kurang yakin dengan keberkesanan kelas kolejforex? Silalah bertanyakan bekas-bekas pelajar kami. Jika anda berminat untuk mendapatkan bukti keberkesanan kelas di kolejforex, sila hubungi kami. Mereka yang pernah menghadiri kelas kami memberikan komen yang amat memberangsangkan. Masing-masing berterima kasih dan cukup berpuashati dengan hasil yang mereka perolehi.

Simtom Kelabu Mata

Para trader sekelian, tanpa berlengah, mari kita bayangkan senario ini.

Pasaran tetiba aktif semasa kita mula duduk mengadap komputer. Garisan putih yang naik turun mengikut harga macam terlambung-lambung bagai bebola ikan dalam air menggelegak. Dalam keadaan macam ni, memang simtom yang paling awal nak datang ialah simtom gatal tangan. Lepas tu? Jadi, kita pun…

Memandangkan pasaran tengah aktif, rugilah kalau tak ambil kesempatan untuk trade. Jadi kita pun terus-terusan buka post. Satu demi satu. Biarpun ada post yang terapung… tergantung tak bertali..kita yakin, dengan harga yang rancak naik turun, dengan paten yang memang dah tetap dan cantik, tiap post yang dibuka pasti mengena. Kitapun check tiap pair yang popular, mana tahu ada peluang kaut untung dengan pair-pair lain juga?! GU memang pair kegemaran sekarang, tapi kalau EU pun tengah aktif, apa salahnya main EU pulak? Detik hati lagi. Dengan dua klik, satu post baru menyambung senarai post sedia ada.

Seterusnya, EJ nampak cantik. Paten pun cantik, contant saja. Kalau buka post pasti kena. Selang seminit, post EJ pula menyertai senarai post-post kita yang sedia ada. Di ketika yang syahdu ni mata masih lagi tertumpu pada carta. Bukan senang nak cari waktu-waktu yang pasaran aktif macam ni. Buka post dalam masa tiga minit dah mengena. Macam pemancing jumpa lubuk – lontar saja joran, tak lama kemudian hasil di tarik ke darat. Siapa yang tak happy? Masa berlalu tiga jam pun tak sedar.

Sambil menunggu post-post kita mengena, kita pun melayari internet. Satu post mengena, satu lagi dibuka. Satu mengena, satu lagi dibuka. Tengah syok. Kejap-kejap, ada satu dua post yang dah mula berkelip-kelip hijau. OK, selamat. Bila mengena, buka post baru.

2 jam berlalu. Ait, tengok-tengok dah ada 6 post kesemuanya. Tadi tak perasan. Free margin dah jauh berkurang. Tengok post-post lain, yang negatif semakin bertambah nilainya. Dua post dah cecah negatif seratus lebih. Baru teringat nak buat kiraan. Kita pun mula congak-congak . Kalau tiga post bertambah rugi, margin akan tergugat. Check balik post-post lain, nampak macam lambat lagi nak mengena. Pair GU makin turun. Makin lama makin berdesup turun. Kita buka BUY. Mula nak gelabah.

Memandangkan GU sedang turun, kita buka post Sell. Mana tahu, mungkin boleh kumpul dengan cara tu pula. Terfikir pula, kalau GU turn, sebentar lagi EU pun turun, detik hati kecil. Buka pulak EU sebab nampak carta pun cantik saja. Jeling pula post GU tadi. Kalau dibiar post BUY tu, alamat, lagi parah. Fikir-punya fikir, kita pun cut loss. Senang, habis cerita. (kita kata, bukan orang kata). Malangnya, tak lama kemudian, GU reverse pulak. Alamak, rugi aku dah cut loss. Detik hati kecil, tapi kita maintain cool.

Tapi market tengah aktif. EU yang dijangka turun tiba-tiba dah naik pula. Alamak, apa nak buat? Free margin makin berkurang. OK, mungkin ada lot besar yang boleh ditutup. Periksa lagi post-post kita. Wah, memang betul, ada post besar yang boleh dikurangkan lot. Post EU sell 0.5 ditutup 0.3 lot. Tinggal 0.2 lot. Free margin naik sikit. Selang 5 minit kemudian, kita lupa yang kita baru kecilkan lot tadi. Buka pulak EU sell kerana paten pada carta nampak cantik semula. Pasaran tengah aktif, pasti dapat untung. Padahal, lupa nak pandang stochastic. Bila buka, harga berada jauh dari kawasan oversold atau overbought. Alamak, dah tersilap langkah ni. Tak perasan lagi yang kita dah mula…Kelabu Mata!

Jari telunjuk makin pantas klik tetikus. Tetikus pula mula meluncur-luncur di sebelah komputer. Buat pertama kali, tetikus kita macam tikus dalam siri katun ‘Tom and Jerry’. Tak henti bergerak.

Buka tutup, tutup buka, potong lot, cut loss dan tah apa-apa lagi, kita tengok kita dah cut loss beberapa kali, dah buka dan tutup pos beberapa kali hinggakan senarai TP dalam Account History kita yang tadinya cantik kini dah mula rongak. Lubang berselang seli dah mula bersusun-susun. Bila fikir balik, matlamat kita sekarang bukan lagi nak kaut untung, tapi dah beralih kepada nak selamatkan diri daripada kena Margin Call!

Setelah bertungkus lumus nak elak margin call (tutup buka post dan cut loss bertubi-tubi), keadaan kembali selamat bila hanya tinggal dua post masih terapung. Baki kita kembali ke jumlah asal. Kurang pun kuranglah, asalkan tak lenyap terus. Kita pun tarik nafas panjang dan buat keputusan berhenti dulu aktiviti trading untuk…5 minit!(harapnya tidaklah untuk 5 minit saja). Akhirnya, segala usaha tungkus lumus kita membawa kita kembali ke jumlah asal sebelum memulakan sesi trading tadi! padahal, masa mula-mula trade tadi dah kumpul hampir 60 pip! Lepas tu hilang ke semuanya.)

Apapun, bagi saya, aktiviti trading di atas umpama satu pembedahan .Pakar bedah bertungkus lumus menyelamatkan nyawa pesakit (nak selamatkan baki akaun kita). Dan sampai di satu tahap, kita sebenarnya dah kelabu mata- nampak semua samar-samar. Sama macam pakar bedah nak selamatkan nyawa-nyawa ikan pesakit. Nak kaut untung pun jauh samar-samar. Bila jadi begini, bagi kebanyakan trader, Keyakinan boleh hilang. Kawalan diri boleh melayang…dan akhirnya baki akaun pun melayang. Kalau kira kes pakar bedah, nyawa pesakit tu kira dah hampir melayang…

Moga ada iktibar di sebalik kisah tadi dan moga anda dapat berwaspada dan tidak perlu melalui detik-detik getir begini.

Cinta pada forex…

Cinta itu Buta

Seperti kata orang, cinta itu buta, akibat cinta ramai yang merana. Kata orang lagi, bila dilamun cinta, ‘makan tak lalu, tidur tak lena’.

Tak perlulah saya huraikan lebih panjang tentang cinta kerana pasti ramai yang telah melaluinya. Apa yang ingin diperkatakan di sini ialah cinta pada forex. Ya, cinta pada forex. Tak salah kalau dikatakan ada trader yang seperti ‘bercinta’ dengan forex. Siang malam pagi petang ingatkan forex. 24 jam sehari mengadap forex. Mandi bagai tak basah, makan bagai tak kenyang, tidur tak lena kerana forex. Yang lebih teruk lagi, kalau nak tinggal komputer pun jadi takut (sampai bawa laptop ke meja makan)… takut kerugian L

Bila kecewa dalam berkasih, hati terluka. keyakinan diri dan kepercayaan terhadap orang lain semakin menipis. Kesedihan menyelubungi diri untuk seketika sehingga luka di hati benar-benar sembuh. Dan bila tiba masanya, sisa-sisa keyakinan diri dikumpul semula untuk meneruskan kehidupan. Hati yang kecewa terubat sudah dan si single tadi bersedia untuk terjerumus kembali kelembah cinta.

Begitu juga bagi forex- ramai yang merana kerananya. Kecewa bila kerugian, gembira bila mendapat keuntungan. Dalam berkasih, kesilapan kecil masih boleh diterima, tapi bila perang dingin dah jadi perang panas hati mula sakit, perasaan kecewa membunuh semangat (Frust menonggeng J) Dalam forex pula, sama juga, rugi sikit-sikit boleh diterima, bila rugi besar, nak buka mulut pun malas. Fikiran kusut, rambut berserabut.

D alam dunia forex, pencintanya kecewa bila kerugian tak tertanggung terpaksa juga ditanggung. Bila ini berlaku, semuanya jadi tak kena. Untuk seketika, kita perlukan masa untuk mengubati luka. Kita perlukan masa untuk bermuhasabah; apa yang tidak kena, di mana silap kita, atau paling tidakpun, kita perlukan masa untuk menenangkan fikiran. Bagi yang kuat semangat, sisa-sisa keyakinan diri dikumpul semula dengan lebih pantas dan perjuangan dalam forex diteruskan semula. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Bagi yang mempunyai kekuatan diri, mereka sedar bahawa kesabaran dalam menghadapi kegagalan adalah pelengkap diri untuk mencapai kejayaan!

Walaubagaimanapun, janganlah dijadikan cinta pada forex itu cinta yang buta. Dalam forex kita perlu sentiasa sedar akan tindakan kita. Kita perlu sentiasa berhati-hati. Setiap langkah diambil dengan berwaspada. Manakan tidak, dalam dunia forex kita berhadapan risiko di hujung jari. Satu klik mungkin berharga puluhan atau ratusan dolar. Begitu mudah untuk mempertaruhkan wang kita.

Jangan pula anda berpendapat anda perlu sentiasa mengadap komputer 24/7 untuk mendapat hasil trading forex. (Berkepit dengan komputer bagai pasangan muda yang dilamun cinta ;) Jika kena caranya, berdagang forex beberapa minit sehari sudah mampu memberikan pendapatan yang lumayan. Dengan pengalaman dan pembelajaran yang cukup, anda dapat mengenali dan mencintai forex tanpa menjadikan cinta padanya cinta buta! Jadikanlah matlamat anda mempelajari forex sehingga anda mampu mendapat keuntungan berterusan dan dapat berdagang dengan tenang dan santai…macam pro!

Wednesday, February 10, 2010

Apabila anda sertai..

Apabila anda telah membuat pesanan untuk sertai KOLEJFOREX, saya akan emailkan semua material KOLEJFOREX kepada anda dengan segera.

Sertailah KOLEJFOREX dan anda akan dibekalkan dengan ilmu forex yang mudah, senang, ringkas, berkesan serta boleh menghasilkan keuntungan serta merta di dalam FOREX.

Azman

Azman sentiasa WIN dalam FOREX

Pada saya "Forex is like a chess game". Tapi beza nya ianya sama ada WIN or LOSE, tak ada DRAW. Bila saya pakai teknik Sdr Fendi, ENDGAME saya adalah sentiasa WIN. Tak kira OPENING, MIDDLE GAME ON LOSE POSITION tapi ENDGAME setiap bulan sentiasa POSITIVE.

Bila pakai teknik Sdr Fendi, IF U PLAY SAFE, THEN U’ll DEFINITELY SAVE IN MAKING PROFIT’

Azman- Bandar Baru Bangi

Razak Karim

Razak Karim mendapat pendapatan melebihi target beliau melalui KOLEJFOREX

"Disaat saya tercari-cari cara menambah pendapatan bagi menampung kos sara hidup yg kian meningkat, saya terjumpa cara membuat duit dengan trading forex.Saya pernah membeli e-book dari internet namun tidak mendatangkan hasil yang saya idamkan malah kerugian yang menimpa saya.

Tetapi saya bersyukur berjumpa saudara Fendi di dalam sebuah forum perniagaan tempatan. Alhamdulillah setelah mentelaah e-book beliau dan chatting Yahoo Messenger dengan beliau saya mampu meraih pendapatan di melebihi target saya. Teknik beliau beliau sangat mudah diikuti dan yang paling penting SANGAT BERKESAN !!!


Razak Karim- Bangi

Musyid

Musyid berpendapat kaedah KOLEJFOREX adalah Kaedah Berkesan

Salam,

Selama ini saya mencari2 apakah kaedah yang berkesan untuk mendalami ilmu forex. Pernah mengalami kehilangan semua modal yang dilabur apabila masih lagi tidak memahami cara2 yang betul. Ternyata, setelah mengikuti segala tunjuk ajar dan teknik2 yg diperkenalkan oleh Kolej Forex,bukan saja profit, malahan yang lebih berharga adalah tunjuk ajar yang diberi. Dgn ilmu tersebut, saya bertambah yakin untuk trade untuk masa2 akan datang.
Syabas utk kolej forex dan terutama Sifu Fendi yang tak pernah jemu melayan pertanyaan demi pertanyaan. Semoga Allah saja yang mampu membalas ilmu yang diberi.
T.kasih.


Musyid- Johor

Syazwani

Syazwani menyatakan “Forex...insyaAllah mudah untuk difahami...”

Sebagai pelajar di IPTA, saya sentiasa tercari-cari peluang pekerjaan untuk kerja sambilan. Kalau saya sentiasa mengharapkan duit biasiswa, memang tak pernah cukup untuk duit perbelanjaan sepanjang pengajian dan keperluan harian saya. semasa sedang melayari internet, saya terbaca tentang kolejforex yang dikendalikan oleh encik fendi dan puan zuraini dan berminat untuk belajar teknik2 manual buat forex. Alhamdulillah...tak sia-sia..teknik2 yang diajar sememangnya berkesan dan alhamdulillah mendatangkan keuntungan. yang penting...kita kena yakin yang kita boleh lakukan...insyaAllah. =)
Syazwani-IPTA

Chapter Ebook KOLEJFOREX?

Kenapa chapter di dalam Ebook KOLEJFOREX boleh membuat anda berjaya di dalam dunia FOREX?



Di dalam Ebook KolejForex, teknik yang mudah dan berkesan seperti teknik 'KANDANG KAMBING' yang terlalu mudah untuk difahami dan diikuti. Apabila teknik 'kandang kambing' sudah disetupkan, dan sekiranya anda dapati 'kambing' telah keluar dari 'kandangnya', maka anda bolehlah membuka trade dan kutiplah hasil keuntungannya. Anda boleh 'close' trade tersebut apabila 'kambing' telah masuk kandangnya. Mudah sahaja untuk difahami...

Keuntungan lebih 98%...

Mula - mula sekali... Saya berharap anda tidak akan melepaskan peluang anda untuk menggunakan FOREX ini sebagai jalan penyelesaian kepada masalah kewangan anda. Gunakan FOREX sebagai penyelamat masa depan anda. Saya ingin menyatakan bahawa segala isi kandungan di dalam ebook kolejforex adalah dari pengalaman, pengetahuan, jatuh bangun serta teknik dan strategi yang dilalui selama di dalam FOREX ini.. dan sekiranya anda mengikuti kursus personal coaching bersama, segala ilmu yang ada, ketahui, serta tips - tips untuk berjaya akan diberikan.

Untuk menjadi seorang forex trader, tidak kiralah anda seorang yang newbie (baru nak mencuba forex) atau sudah bertahun di dalam FOREX, saya ingin anda mencuba teknik pada muka surat 92. Teknik ini sudah memberi keuntungan tiap - tiap hari tanpa rugi. Teknik ini telah digunakan lebih dari 6 bulan bersama - sama dengan pelajar - pelajar kolejforex, dan keuntungannya amatlah memberangsangkan. Keuntungan adalah lebih dari 98% hanya dari teknik ini sahaja. Bayangkan tiap - tiap hari selama lebih dari 6 bulan anda mendapat keuntungan dengan hanya menggunakan satu teknik sahja.
Ada beberapa pelajar yang hanya membuka LIVE AKAUN dan cuma menggunakan teknik pagi - pagi ini setiap hari. Teknik ini disertakan di dalam ebook kolejforex..semuanya dengan cara yang amat mudah sekali. Dengan hanya teknik ini sahaja, ianya boleh membantu anda berjaya di dalam FOREX dan dapat memberi kesenangan di dalam kehidupan anda tanpa risau tentang masalah kewangan.

Najib

Najib menyatakan bahawa KOLEJFOREX menggunakan kaedah dan teknik yang MUDAH untuk mendapat untung

Forex bukanlah suatu yang mudah untuk dipelajari. Walaupun saya telah belajar dari pelbagai ebook dan beberapa kursus tentang forex namun saya masih tidak memahami dunia forex. Pentingnya planning, disiplin dan kita perlu tahu berapa risiko kerugian yg mampu kita ambil ketika melakukan trading. Kini sy tahu bagaimana sy nak develop disiplin ketika melakukan trading. Dengan mengamalkan stop loss dan TP yg betul sy sudah dapat memaksimakan profit sy disamping dapat mengawal dan meminimakan kerugian. Tipulah sape kate tak de rugi dalam Forex.

Baru sy tahu betapa dengan ajaran yg betul,saya boleh mendapat profit mengatasi kerugian.Saya bertuah kerana mendapat bimbingan dari Fendi. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari beliau, saya dapat memahami dunia forex dengan mendalam.

Ternyata sekali, disiplin dan trading management yang betul begitu penting jika ingin mendapat keuntungan secara konsisten dalam Forex. Beliau bukan sahaja mentor, malah seorang kawan yang memberikan kita motivasi untuk meneruskan perjuangan di dalam bidang ini. Beliau masih membimbing dan memberi tips walaupun personal coaching telah tamat. Semoga ia dapat memberi galakan dan motivasi untuk newbie-newbie dalam Forex. Carilah guru yang betul-betul ikhlas mahukan anda berjaya!!

Najib – Klang, Selangor

Syahrul

Syahrul berkata dengan mengikuti pembelajaran melalui KOLEJFOREX memberikannya langkah yang betul untuk memulakan FOREX”

A friend from a good friend of mine introduce me to Forex.then introduce me to kolejforex. How do i know kolejforex

we were sitting at mamak stall with a laptop on the table. This particular fellow was looking at a graf while \'YMing\' with Kolejforex. I was stunt...in less than half an hour, with full guidance of kolejforex via YM...he gained profit. Dont have to tell how much the profit was...it is PROFIT.

It initiated sparks for me to get to know kolejforex better.

Few days later i contacted kolejforex, and...with a worthfully condition (too worth to compare to the others),i am now a student of kolejforex.

As easy as to meet your good neighbour, he accepted my request to meet him personally to learn about forex. Suprisingly, he welcome us with a warm and humble approach and thought us sincere and solemnly about the forex.

So...by lesson thought, by tips given, by real trade exhibited....how else can you define kolejforex as a college to learn forex...

InsyaAllah, with his thought and lesson i am trying my best to practice and try to seek success in this noble line.

Salam.

Syahrul Syahid – Pasir Gudang, Johor

Fairuz

Fairuz menyatakan pembelajaran melalui KOLEJFOREX amat mudah dan senang difahami pada newbie dalam FOREX"

Saya sememangnya amat baru dalam bidang forex ini. Semua yang ada di dalam ebooks ini merangkumi semua perkara yang patut kita ketahui dan fahami sebelum menceburi bidang forex..

Dengan membaca ebook ni dan seterusnya belajar secara individu dengan En Fendi, saya memahami tentang forex dengan lebih jelas dan yakin. Dengan pengalaman beliau melebihi 6 tahun,semua teknik yang di ajar oleh En Fendi amat mudah dan ringkas difahami dan dilaksanakan.Seperti yang dikatakan oleh beliau, kita tidak perlu untuk menggunakan teknik-teknik rumit yang memeningkan sedangkan target kita semua hanya satu iaitu keuntungan.

Dan teknik itu sememangnya memberi kita 'pips hijau'. Didalam ebook ini juga diajar cara menguruskan kewangan kita (money management), kerana tanpa money management yang betul kita akan mengalami kerugian.Hanya dalam masa satu hari saya belajar secara individu dengan beliau saya telah berasa yakin untuk 'trading' secara lebih serius. Setelah 3 hari mencuba teknik-teknik En Fendi menggunakan akaun 'demo' dan hasilnya amat memberangsangkan, saya bertukar kepada akaun 'live' dan mengutip keuntungan sedikit demi sedikit.

Beliau juga sentiasa membimbing saya dari masa ke semasa jika saya memerlukan khidmat dan pandangan beliau. Saya selalu berhubung dengan beliau melalui Yahoo Messenger berbincang tentang pasaran Forex semasa dan 'trading' bersama2 beliau. Segala yang dilalui oleh beliau selama 6 tahun bergelumang dengan forex dikumpulkan dan diringkaskan segala teknik-teknik untuk berkongsi dengan kita semua.Ebook ini serta tutorial dari beliau amatlah berbaloi jika hendak dibandingkan dengan keuntungan yang akan kita perolehi..

Fairuz –Shah Alam

Kepada 'newbie' Forex Trader dan 'otai' Forex Trader




Nama saya Fendi Abdullah, seorang Forex Instructor, Forex Trader, dan Forex Investor sepenuh masa selama hampir 7 tahun. Juga merupakan 'creator' KOLEJFOREX dan pengarang EBOOK FOREX Mudah dan Berkesan.


Sejak akhir tahun 2002, saya sudah mula memasuki dunia FOREX dan telah melalui pelbagai kerenah, masalah, jatuh bangun dalam dunia forex ini. Bermula sebagai seorang trader forex, saya mula belajar pelbagai teknik, kaedah FOREX ini melalui kawan - kawan, internet, forum - forum dan ada juga yang saya beli teknik - teknik trading forex pada harga yang mahal.

Pelbagai cara, teknik, strategi yang diperolehi... pelbagai robot - robot (Expert Advisor) yang di download...akhirnya semua modal hancur musnah!!! KESILAPAN UTAMA SAYA PADA mula - mula trade FOREX dulu adalah kerana TIDAK MEMPUNYAI GUIDE DAN GUIDANCE (tunjuk dan penunjuk).. tidak ada guru yang sanggup mengajar saya step by step, secara personal coaching atau one on one.

Setelah kecundang dalam FOREX, saya mula memikir cara yang selamat untuk berjaya. Bak kata pepatah 'sikit - sikit lama - lama jadi bukit'...mesti ada cara dan rahsia... Alhamdulilah, dengan kurniaan yang diberikan oleh ALLAH, saya telah mendapat cara yang selamat, mudah, berkesan, dan menguntungkan.. Setelah beberapa lama mencuba teknik dan strategi yang saya buat mengajar pada mereka - mereka yang 'newbie' dalam forex atau yang sudah bertahun dalam forex tetapi selalu rugi cara - cara dan teknik yang sudah bertahun saya gunakannya... Sekarang saya percaya yang saya telah memecah rahsia kejayaan di dalam FOREX.

Salah satu strategi dan teknik yang saya gunakan telah menghasilkan keuntungan seperti berikut.. saya ada beberapa teknik yang sesuai digunakan pada bila - bila masa. Contoh salah satu keuntungan dari teknik saya adalah seperti berikut...



Selain dari teknik yang digunakan seperti yang di atas, saya juga suka mengumpul untung secara sedikit - sedikit dan akhirnya menjadi besar. Dengan cara ini ianya lebih selamat, terkumpul dan selalu mendapat target yang sesuai dan lumayan setiap hari.

Secara amnya saya mengajar FOREX secara 'personal coaching' dan segala pengalaman, pengetahuan, serta strategi saya selama lebih 7 tahun di dalam dunia FOREX akan diberikan pada setiap peserta yang mengikuti kelas forex ini.

Cuba Fikirkan...

Apakah sebab - sebab yang menyebabkan anda masih lagi tidak berjaya di dalam FOREX? Asyik kena Margin Call.. Adakah anda ingin tahu bagaimana untuk menukar yang anda rugi kepada keuntungan? Bagaimana nak menjadi seorang FOREX Trader yang BERJAYA?

Sekiranya anda mempunyai sistem dan teknik yang memeningkan kepala anda, mengelirukan anda bila masa untuk 'enter' dan 'exit' post trade anda? Semuanya sampai penuh chart graf FOREX anda.. Adakah anda ingin mengetahui cara teknik dan sistem yang paling MUDAH dan BERKESAN untuk mendapat untung dari FOREX?

Bagaimana jika anda telah melabur beratus - ratus, atau beribu - ribu duit anda di dalam FOREX tetapi akhirnya anda kehilangan semuanya? Atau menghabiskan masa berjam - jam depan pc untuk meneliti market FOREX, dan akhirnya tidak membawa anda ke mana - mana? . . . Kadang - kadang, keputusan forex anda cuma banyak rugi dari untung . . . Adakah anda ingin mengetahui apa silap anda dan memberi satu momentum yang baru dan mendapat untung?

Bagaimana jika anda sudah kesuntukan masa dan hanya mahu membuat duit melalui FOREX sahaja untuk menampung hutang - hutang yang banyak? Sesungguhnya...anda telah mencuba sedaya upaya... Tidakkah anda ingin mengetahui bagaimana cara untuk mengubah hidup anda, untuk anda dan keluarga anda?

Adakah jawapan anda YA?...semestinya, saya sendiri pun jawab YA!!empat kali semuanya!!

Sunday, February 7, 2010

KURSUS FOREX KINI DITEMPAT ANDA!!

Jauh untuk pergi kelas belajar forex??
Kami akan bantu anda!!
Pihak KOLEJ FOREX kini akan mengadakan kursus FOREX di tempat anda.
Kepada yang berminat, sila email pada saya.. iez009@gmail.com atau tinggalkan komen anda di blog.

Kami akan menyusun semula jadual kursus berdasarkan permintaan anda.
Masa, tarikh dan juga tempat yang berdekatan anda akan diumumkan.

Kepada anda yang berminat :
Sila tinggalkan nama, email, daerah & negeri serta no. hp.

Area KL..
Yuran Kursus : RM250

Luar KL..
Yuran Kursus : RM 400

*Yuran adalah sekali sahaja.*

APABILA ANDA MENYERTAI KOLEJ FOREX...

1. Anda akan mendapat EBOOK KOLEJ FOREX serta material - material FOREX yang telah lama membantu saya serta pelajar - pelajar KOLEJ FOREX yang lain.

2. Anda juga akan mendapat FULL SUPPORT sampai bila - bila bersama KOLEJ FOREX. Sekiranya anda mempunyai masalah serta ingin mendapat nasihat atau ingin trade FOREX bersama, anda boleh datang ke pejabat kami bila - bila masa...

3. Anda juga akan diajar secara ONLINE pada setiap masa...

4. Anda juga akan diajar teknik serta strategi yang mudah dan berkesan.

5. Anda juga akan diberi tunjuk ajar 'first hand' apabila pihak KOLEJ FOREX menemui teknik baru yang berkesan.

JOM BELAJAR FOREX

Apabila anda mula melangkah ke dunia FOREX, anda mungkin mempunyai target yang tinggi, nak menjadi kaya, nak lepas hutang, dan macam - macam lagi. Tetapi sekiranya anda tidak mempunyai 'guide and guidance' (tunjuk dan penunjuk) anda mungkin akan mengalami kekecewaan dalam FOREX ini. Segala usaha anda, modal anda akan hilang begitu sahaja.

MULAI HARI INI, semuanya akan berubah... Fikirlah secara meluas, dapatkan jawapan, dan pastikan segala usaha FOREX anda selepas ini akan membuahkan hasil...


ANDA berisiko membayar lebih dari RM2000 untuk kelas 'personal coaching' seperti ini. - Tahukah anda?

Forex instructor biasanya akan mengenakan bayaran antara RM1000.00 hingga RM5000.00 untuk satu sesi mengajar FOREX. Seminar Forex biasanya akan mengenakan caj sebanyak RM500.00 ke atas menceritakan mengenai asas FOREX dan menggunakan satu teknik forex atau strategi sahaja. Kursus "Bagaimana membuat untung dalam FOREX" pula akan mengenakan caj antara RM700 hingga RM1500 untuk satu sesi dan tiada pula susulan atau 'follow up' dari tenaga pengajar kursus selepas habis kursus...

Tapi KOLEJ FOREX akan memberi tunjuk ajar kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam FOREX pada harga yang anda mampu. Pihak KOLEJ FOREX akan selalu membuat 'follow up'
untuk mengikuti perkembangan setiap ahli KOLEJ FOREX setelah mereka selesai berkursus bersama kami. Pihak KOLEJ FOREX juga akan selalu memberi nasihat, tunjuk ajar, dan juga 'trading together' untuk memberi lebih keyakinan kepada ahli KOLEJ FOREX. Mereka boleh kunjungi, serta datang ke pejabat kami untuk trade bersama pada bila - bila masa.

Tujuan utama pihak KOLEJ FOREX adalah untuk memberi sepenuh perhatian kepada mereka yang belajar FOREX bersama kami bagi mendapat kejayaan di dalam FOREX. Segala ilmu dan pengetahuan akan diberikan sebaik mungkin.



...pembelajaran bersama KOLEJFOREX adalah secara personal coaching dan maksima pelajar yang diajar pada setiap masa hanyalah 4 orang sahaja (KL) dan bukannya seperti seminar - seminar forex lain yang mengajar lebih dari 50 orang pada setiap masa. Fokus utama kami adalah untuk setiap pelajar dapat memahami, berbincang, serta kami dapat 'pinpoint' apa masalah dan kesilapan setiap pelajar forex dan boleh memperbetulkan dan memperbaiki supaya di masa hadapan tidak berlaku lagi kesilapan yang sama.

Secara Umumnya pembelajaran adalah seperti berikut :

1. Pengenalan FOREX... untuk yang baru nak menceburi ke dalam dunia FOREX.
Seksyen ini adalah khas untuk mereka - mereka yang baru di dalam FOREX dan belum
memahami sepenuhnya. Segala term - term forex, konsep, persiapan, persediaan,
cara buka akaun akan dibincangkan secara terperinci supaya dapat memahami
sepenuhnya dan juga mengetahui risiko - risiko di dalam FOREX.

2. Money Management... cara yang selamat untuk mengawal margin. Seksyen inilah yang
paling utama dan paling dititikberatkan kerana tanpa pengurusan atau money
management yang sesuai, selamat serta berdisiplin, modal berjuta pun boleh habis
di dalam FOREX ini. '95% akan rugi di dalam
FOREX dan hanya 5% sahaja yang akan berjaya'
dan anda akan diajar bagaimana
anda dapat berada di dalam kelompok 5% yang berjaya. KOLEJ FOREX percaya telah
berjaya mengupas rahsia kejayaan di dalam FOREX melalui MONEY MANAGEMENT yang saya perolehi! Sekiranya anda
mengikuti cara MONEY MANAGEMENT yang akan diajarkan, insyaALLAH anda akan
selamat di dalam FOREX dan memperolehi keuntungan secara konsisten.

3. "Untold Strategies" - Segala Teknik, Strategi, Tip, serta Nasihat untuk anda
gunakan serta praktikkan di dalam FOREX akan didedahkan. Di seksyen ini pula,
anda akan diajar segala teknik - teknik mudah berserta strategi untuk mendapat keuntungan yang konsisten. Teknik ini telah digunakan lebih dari 5 tahun dan teknik ini juga telah diajar kepada pelajar - pelajar KOLEJ FOREX dan setakat ini sudah memberi hasil keuntungan yang amat membanggakan.

4. "Trading Practice" - Bagaimana anda juga boleh lakukannya seperti seorang pro. Teknik, ilmu dan strategi adalah satu pembaziran sekiranya tidak dipraktikkan..pada seksyen ini kita akan gunakan teknik yang anda belajar untuk dipraktikkan samada pada 'demo akaun' atau 'live akaun' secara live trade. Pada seksyen ini anda akan diberi beberapa tips yang amat berguna semasa, sebelum, atau selepas trading.

5. Untuk yang sudah biasa dengan FOREX..tapi masih belum memberi untung.
Kepada mereka - mereka yang pernah trade FOREX dan sudah tahu tentang basic - basic FOREX, tetapi masih mencari - cari teknik dan strategi yang sesuai, anda akan diajar mengenai teknik, strategi, serta cara yang selamat dan konsisten. Kita akan trade bersama - sama untuk menguji teknik yang akan diajarkan kepada anda.

TUJUAN UTAMA PEMBELAJARAN MELALUI KOLEJ FOREX ADALAH UNTUK MENCAPAI KESENANGAN HIDUP DAHULU DAN KEKAYAAN AKAN MENYUSUL KEMUDIANNYA.

Kesenangan dengan cara dapat menyelesaikan segala hutang, dapat menjelaskan segala bil - bil pada setiap bulan, dapat membantu mereka - mereka yang dalam kesusahan, dapat memberi kesenangan kepada keluarga, dapat melancong ke mana - mana...