Buka Akaun!

Apa yang paling penting dalam FOREX?

Anda juga boleh layari di sini

Tuesday, February 16, 2010

Prakata Forex

Salam sejahtera.

Jika anda sedang membaca coretan ini, ini bermakna anda mempunyai minat untuk mempelajari forex. Jika tidak, tentu anda tidak akan menemui laman web ini.

Pada pandangan saya, anda mungkin telah meluangkan berjam-jam daripada masa anda mencari laman web yang menceritakan secara terperinci tentang Forex. Anda mungkin telah cuba memasukkan satu demi satu kata kunci untuk mendapat keputusan carian yang anda inginkan. Anda mungkin telah melayari berbelas-belas laman web dan masih tidak menemui apa yang anda mahukan; panduan yang mudah anda fahami tentang forex. Pasti anda perlukan bantuan dalam soal ini. Walaubagaimanapun, kami berharap pencarian anda akan berakhir di sini.

Untuk itu, selamat datang kami ucapkan kepada anda.

Sebagai pembuka kata untuk merasmikan pertemuan kita di hari ini, ingin saya sentuh secara ringkas mengenai pelaburan forex secara online. Bagi anda yang baru cuba mengenali dunia dagangan matawang, ingin saya katakan sekali lagi bahawa Forex adalah salah satu pelaburan berisiko tinggi. Ia bukan sama sekali satu skim cepat kaya walaupun ada pedagang Forex yang mampu menjana ribuan ringgit dalam masa sehari. Pastikan anda tidak keliru di antara skim cepat kaya dengan dagangan matawang. Dagangan matawang sama sekali tidak memerlukan anda mencari “kaki-kaki” yang akan menjana pendapatan untuk anda ;)

Forex, bagaimanapun, membabitkan pelaburan di pihak anda dan kerana urusniaga dijalankan melalui internet, anda tidak perlu memandu ke hulu dan ke hilir untuk melakukan dagangan matawang ini. Yang anda perlukan hanyalah sebuah komputer, sambungan (akses) ke internet dan sedikit pengetahuan Bahasa Inggeris . Memandangkan anda sedang membaca apa yang dituliskan di sini, maka, pastinya anda sudah memiliki komputer dan akses ke internet :) Seterusnya, jika anda bersekolah dan membesar di negara kita yang tercinta ini, saya pasti, sekurang-kurangnya anda faham perkataan-perkataan mudah dalam Bahasa Inggeris seperti buy/sell, stop, close dan beberapa perkataan lain lagi. Jangan bimbang. kami akan jadikan proses anda mempelajari iforex ini satu proses yang mudah dan berkesan ;) insyaAllah

Sebenarnya, sehingga ke hari ini, dagangan forex di seluruh dunia membabitkan wang berjumlah usd3.2 trillion. Satu angka yang cukup besar. Tidakkah anda terfikir bahawa daripada jumlah yang besar ini, ada sedikit bahagian untuk anda? Sudah tentu … jika anda tidak kerugian dalam pelaburan anda ;) Oleh itu, perlulah diingat, forex adalah dunia untuk mencari keuntungan, bukan arena yang diceburi untuk menanggung kerugian. Dan, untuk menjamin keselamatan dana anda, anda perlu membuat persediaan diri yang cukup lengkap sebelum melangkah masuk ke dalam dunia forex. Ringkasnya, jangan tergesa-gesa. Golongan profesional dalam bidang ini akan menasihati anda supaya memulakan latihan anda dengan akaun demo dulu selama sekurang-kurangnya sebulan sebelum membuat pelaburan wang anda. Ada yang mencadangkan setahun untuk persiapan diri :0 Sebenarnya, anda sendirilah yang menentukan tempoh latihan yang sesuai untuk anda.

Tujuan anda berlatih bukan saja kerana anda tidak mahu kehilangan wang anda, tetapi juga untuk mendisiplinkan diri anda. Dalam arena Forex, disiplin adalah antara faktor terpenting yang menentukan anda dapat menikmati keuntungan anda. Maksudnya, mungkin mudah bagi anda untuk membuat keuntungan, tetapi adakalanya, satu kesilapan boleh membuatkan keuntungan yang anda telah kumpul hilang dalam sekelip masa. Disiplin perlu ada pada setiap masa. Setiap urus niaga dagangan walaupun dijalankan dengan hanya satu atau dua klik pada papan kekunci komputer anda mampu mengakibatkan kemusnahan yang teruk dalam akaun anda jika anda tidak berhati-hati.

Oleh sebab itu, anda disarankan memperlengkapkan diri sebaik yang mungkin sebelum melangkah masuk ke arena dagangan forex ini dengan wang anda sendiri.

Satu lagi yang perlu disebut di sini ialah jika anda ingin melaburkan wang ke dalam forex, pastikan wang yang anda laburkan adalah wang lebihan yang anda tidak kisah jika mengalami kerugian. Pastikan anda mempunyai simpanan lain atau jumlah lain untuk perbelanjaan seterusnya kerana ada kemungkinan wang yang anda laburkan tidak akan anda dapat kembali. Jika keadaan sebaliknya berlaku, iaitu anda dapat melipat gandakan jumlah pelaburan anda dengan keuntungan yang dikutip, alhamdulillah.

Akhir sekali, bagi anda yang berminat membeli buku forex dalam Bahasa Malaysia keluaran kami yang terbaru, sila lihat about me di sebelah kanan.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Halo,
    Perkenalkan, Nama saya Wenny
    Saya adalah development dari ForexMart, Kami melihat website anda dan kami ingin mendiskusikan kerjasama kemitraan dengan Anda. 
    Boleh saya minta kontaknya untuk menjelaskan lebih lanjut atau anda bisa langsung menghubungi saya ke wenny@forexmart.com, terimakasih

    ReplyDelete