Buka Akaun!

Apa yang paling penting dalam FOREX?

Anda juga boleh layari di sini

Tuesday, February 16, 2010

Simtom Kelabu Mata

Para trader sekelian, tanpa berlengah, mari kita bayangkan senario ini.

Pasaran tetiba aktif semasa kita mula duduk mengadap komputer. Garisan putih yang naik turun mengikut harga macam terlambung-lambung bagai bebola ikan dalam air menggelegak. Dalam keadaan macam ni, memang simtom yang paling awal nak datang ialah simtom gatal tangan. Lepas tu? Jadi, kita pun…

Memandangkan pasaran tengah aktif, rugilah kalau tak ambil kesempatan untuk trade. Jadi kita pun terus-terusan buka post. Satu demi satu. Biarpun ada post yang terapung… tergantung tak bertali..kita yakin, dengan harga yang rancak naik turun, dengan paten yang memang dah tetap dan cantik, tiap post yang dibuka pasti mengena. Kitapun check tiap pair yang popular, mana tahu ada peluang kaut untung dengan pair-pair lain juga?! GU memang pair kegemaran sekarang, tapi kalau EU pun tengah aktif, apa salahnya main EU pulak? Detik hati lagi. Dengan dua klik, satu post baru menyambung senarai post sedia ada.

Seterusnya, EJ nampak cantik. Paten pun cantik, contant saja. Kalau buka post pasti kena. Selang seminit, post EJ pula menyertai senarai post-post kita yang sedia ada. Di ketika yang syahdu ni mata masih lagi tertumpu pada carta. Bukan senang nak cari waktu-waktu yang pasaran aktif macam ni. Buka post dalam masa tiga minit dah mengena. Macam pemancing jumpa lubuk – lontar saja joran, tak lama kemudian hasil di tarik ke darat. Siapa yang tak happy? Masa berlalu tiga jam pun tak sedar.

Sambil menunggu post-post kita mengena, kita pun melayari internet. Satu post mengena, satu lagi dibuka. Satu mengena, satu lagi dibuka. Tengah syok. Kejap-kejap, ada satu dua post yang dah mula berkelip-kelip hijau. OK, selamat. Bila mengena, buka post baru.

2 jam berlalu. Ait, tengok-tengok dah ada 6 post kesemuanya. Tadi tak perasan. Free margin dah jauh berkurang. Tengok post-post lain, yang negatif semakin bertambah nilainya. Dua post dah cecah negatif seratus lebih. Baru teringat nak buat kiraan. Kita pun mula congak-congak . Kalau tiga post bertambah rugi, margin akan tergugat. Check balik post-post lain, nampak macam lambat lagi nak mengena. Pair GU makin turun. Makin lama makin berdesup turun. Kita buka BUY. Mula nak gelabah.

Memandangkan GU sedang turun, kita buka post Sell. Mana tahu, mungkin boleh kumpul dengan cara tu pula. Terfikir pula, kalau GU turn, sebentar lagi EU pun turun, detik hati kecil. Buka pulak EU sebab nampak carta pun cantik saja. Jeling pula post GU tadi. Kalau dibiar post BUY tu, alamat, lagi parah. Fikir-punya fikir, kita pun cut loss. Senang, habis cerita. (kita kata, bukan orang kata). Malangnya, tak lama kemudian, GU reverse pulak. Alamak, rugi aku dah cut loss. Detik hati kecil, tapi kita maintain cool.

Tapi market tengah aktif. EU yang dijangka turun tiba-tiba dah naik pula. Alamak, apa nak buat? Free margin makin berkurang. OK, mungkin ada lot besar yang boleh ditutup. Periksa lagi post-post kita. Wah, memang betul, ada post besar yang boleh dikurangkan lot. Post EU sell 0.5 ditutup 0.3 lot. Tinggal 0.2 lot. Free margin naik sikit. Selang 5 minit kemudian, kita lupa yang kita baru kecilkan lot tadi. Buka pulak EU sell kerana paten pada carta nampak cantik semula. Pasaran tengah aktif, pasti dapat untung. Padahal, lupa nak pandang stochastic. Bila buka, harga berada jauh dari kawasan oversold atau overbought. Alamak, dah tersilap langkah ni. Tak perasan lagi yang kita dah mula…Kelabu Mata!

Jari telunjuk makin pantas klik tetikus. Tetikus pula mula meluncur-luncur di sebelah komputer. Buat pertama kali, tetikus kita macam tikus dalam siri katun ‘Tom and Jerry’. Tak henti bergerak.

Buka tutup, tutup buka, potong lot, cut loss dan tah apa-apa lagi, kita tengok kita dah cut loss beberapa kali, dah buka dan tutup pos beberapa kali hinggakan senarai TP dalam Account History kita yang tadinya cantik kini dah mula rongak. Lubang berselang seli dah mula bersusun-susun. Bila fikir balik, matlamat kita sekarang bukan lagi nak kaut untung, tapi dah beralih kepada nak selamatkan diri daripada kena Margin Call!

Setelah bertungkus lumus nak elak margin call (tutup buka post dan cut loss bertubi-tubi), keadaan kembali selamat bila hanya tinggal dua post masih terapung. Baki kita kembali ke jumlah asal. Kurang pun kuranglah, asalkan tak lenyap terus. Kita pun tarik nafas panjang dan buat keputusan berhenti dulu aktiviti trading untuk…5 minit!(harapnya tidaklah untuk 5 minit saja). Akhirnya, segala usaha tungkus lumus kita membawa kita kembali ke jumlah asal sebelum memulakan sesi trading tadi! padahal, masa mula-mula trade tadi dah kumpul hampir 60 pip! Lepas tu hilang ke semuanya.)

Apapun, bagi saya, aktiviti trading di atas umpama satu pembedahan .Pakar bedah bertungkus lumus menyelamatkan nyawa pesakit (nak selamatkan baki akaun kita). Dan sampai di satu tahap, kita sebenarnya dah kelabu mata- nampak semua samar-samar. Sama macam pakar bedah nak selamatkan nyawa-nyawa ikan pesakit. Nak kaut untung pun jauh samar-samar. Bila jadi begini, bagi kebanyakan trader, Keyakinan boleh hilang. Kawalan diri boleh melayang…dan akhirnya baki akaun pun melayang. Kalau kira kes pakar bedah, nyawa pesakit tu kira dah hampir melayang…

Moga ada iktibar di sebalik kisah tadi dan moga anda dapat berwaspada dan tidak perlu melalui detik-detik getir begini.

No comments:

Post a Comment