Buka Akaun!

Apa yang paling penting dalam FOREX?

Anda juga boleh layari di sini

Tuesday, February 16, 2010

Definisi Istilah Analisis Teknikal

Analisis Teknikal

Analisis teknikal adalah satu daripada dua kaedah menjangka dan menentukan corak pergerakan harga masa depan berdasarkan kajian menggunakan statistik yang diperolehi daripada aktiviti dagangan (seperti harga di masa lepas). Kedah ini membabitkan penggunaan carta dan pelengkapannya (‘tools’) untuk mengenal pasti patern pergerakan harga (naik/turun) dan menentukan anggaran jumlah kenaikan dan penurunan seterusnya .

Pakar-pakar pengkaji analisis teknikal percaya bahawa sejarah aktiviti dagangan masa lepas dapat menentukan corak pergerakan harga di masa depan.

Bagi memahami perbezaan di antar ke dua-duanya, penganalisis memberikan contoh berikut;

Bayangkan anda ingin membeli barangan dari sesebuah pasaraya-

Untuk analisis asas atau fundamental; bagi senario di atas, anda akan mempertimbangkan dan mengkaji dari sudut nilai, kualiti , jenis, kepelbagaian barangan yang dijual di pasaraya berkenaan.

Untuk analisis teknikal: bagi senario yang sama di atas, anda akan mempertimbangkan dan mengkaji corak dan aktiviti keluar masuk pelanggan ke pasaraya berkenaan. Anda juga masuk membeli berdasarkan jumlah ramai pelanggan yang masuk membeli di situ.

Jika anda lihat Meta4, ini adalah bentuk analisis teknikal di mana anda menggunakan carta dan kelengkapan yang disediakan di dalamnya bagi tujuan memaksimumkan penggunaan dan keberkesanannya.

Prakata Forex

Salam sejahtera.

Jika anda sedang membaca coretan ini, ini bermakna anda mempunyai minat untuk mempelajari forex. Jika tidak, tentu anda tidak akan menemui laman web ini.

Pada pandangan saya, anda mungkin telah meluangkan berjam-jam daripada masa anda mencari laman web yang menceritakan secara terperinci tentang Forex. Anda mungkin telah cuba memasukkan satu demi satu kata kunci untuk mendapat keputusan carian yang anda inginkan. Anda mungkin telah melayari berbelas-belas laman web dan masih tidak menemui apa yang anda mahukan; panduan yang mudah anda fahami tentang forex. Pasti anda perlukan bantuan dalam soal ini. Walaubagaimanapun, kami berharap pencarian anda akan berakhir di sini.

Untuk itu, selamat datang kami ucapkan kepada anda.

Sebagai pembuka kata untuk merasmikan pertemuan kita di hari ini, ingin saya sentuh secara ringkas mengenai pelaburan forex secara online. Bagi anda yang baru cuba mengenali dunia dagangan matawang, ingin saya katakan sekali lagi bahawa Forex adalah salah satu pelaburan berisiko tinggi. Ia bukan sama sekali satu skim cepat kaya walaupun ada pedagang Forex yang mampu menjana ribuan ringgit dalam masa sehari. Pastikan anda tidak keliru di antara skim cepat kaya dengan dagangan matawang. Dagangan matawang sama sekali tidak memerlukan anda mencari “kaki-kaki” yang akan menjana pendapatan untuk anda ;)

Forex, bagaimanapun, membabitkan pelaburan di pihak anda dan kerana urusniaga dijalankan melalui internet, anda tidak perlu memandu ke hulu dan ke hilir untuk melakukan dagangan matawang ini. Yang anda perlukan hanyalah sebuah komputer, sambungan (akses) ke internet dan sedikit pengetahuan Bahasa Inggeris . Memandangkan anda sedang membaca apa yang dituliskan di sini, maka, pastinya anda sudah memiliki komputer dan akses ke internet :) Seterusnya, jika anda bersekolah dan membesar di negara kita yang tercinta ini, saya pasti, sekurang-kurangnya anda faham perkataan-perkataan mudah dalam Bahasa Inggeris seperti buy/sell, stop, close dan beberapa perkataan lain lagi. Jangan bimbang. kami akan jadikan proses anda mempelajari iforex ini satu proses yang mudah dan berkesan ;) insyaAllah

Sebenarnya, sehingga ke hari ini, dagangan forex di seluruh dunia membabitkan wang berjumlah usd3.2 trillion. Satu angka yang cukup besar. Tidakkah anda terfikir bahawa daripada jumlah yang besar ini, ada sedikit bahagian untuk anda? Sudah tentu … jika anda tidak kerugian dalam pelaburan anda ;) Oleh itu, perlulah diingat, forex adalah dunia untuk mencari keuntungan, bukan arena yang diceburi untuk menanggung kerugian. Dan, untuk menjamin keselamatan dana anda, anda perlu membuat persediaan diri yang cukup lengkap sebelum melangkah masuk ke dalam dunia forex. Ringkasnya, jangan tergesa-gesa. Golongan profesional dalam bidang ini akan menasihati anda supaya memulakan latihan anda dengan akaun demo dulu selama sekurang-kurangnya sebulan sebelum membuat pelaburan wang anda. Ada yang mencadangkan setahun untuk persiapan diri :0 Sebenarnya, anda sendirilah yang menentukan tempoh latihan yang sesuai untuk anda.

Tujuan anda berlatih bukan saja kerana anda tidak mahu kehilangan wang anda, tetapi juga untuk mendisiplinkan diri anda. Dalam arena Forex, disiplin adalah antara faktor terpenting yang menentukan anda dapat menikmati keuntungan anda. Maksudnya, mungkin mudah bagi anda untuk membuat keuntungan, tetapi adakalanya, satu kesilapan boleh membuatkan keuntungan yang anda telah kumpul hilang dalam sekelip masa. Disiplin perlu ada pada setiap masa. Setiap urus niaga dagangan walaupun dijalankan dengan hanya satu atau dua klik pada papan kekunci komputer anda mampu mengakibatkan kemusnahan yang teruk dalam akaun anda jika anda tidak berhati-hati.

Oleh sebab itu, anda disarankan memperlengkapkan diri sebaik yang mungkin sebelum melangkah masuk ke arena dagangan forex ini dengan wang anda sendiri.

Satu lagi yang perlu disebut di sini ialah jika anda ingin melaburkan wang ke dalam forex, pastikan wang yang anda laburkan adalah wang lebihan yang anda tidak kisah jika mengalami kerugian. Pastikan anda mempunyai simpanan lain atau jumlah lain untuk perbelanjaan seterusnya kerana ada kemungkinan wang yang anda laburkan tidak akan anda dapat kembali. Jika keadaan sebaliknya berlaku, iaitu anda dapat melipat gandakan jumlah pelaburan anda dengan keuntungan yang dikutip, alhamdulillah.

Akhir sekali, bagi anda yang berminat membeli buku forex dalam Bahasa Malaysia keluaran kami yang terbaru, sila lihat about me di sebelah kanan.

Kelas Forex

Kenapa memilih Kelas KolejForex?

Kolejforex menawarkan kelas kepada anda yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut tentang forex. Melalui kelas asas ilmu forex, anda akan diajar sedari mula sehinggalah ke akhir- matlamat kami ialah supaya anda dapat membuka akaun anda sendiri, membuka post sendiri, yakin dengan keputusan anda dan mengaut keuntungan. Anda akan dibimbing melakukan semua ini tanpa sebarang tekanan.

Dari segi harga, Kelas yang kami tawarkan adalah cukup murah berbanding kelas-kelas yang ditawarkan oleh pihak lain. Caj tetap sebanyak RM250 (belajar di KL) seorang adalah amat berpatutan kerana anda juga dapat memiliki ebook kami secara percuma. Kelas juga dijalankan selama satu hari dan selagi anda tidak faham, silakanlah bertanya. Kelas yang kami tawarkan di lokasi kami memuatkan tidak lebih daripada 4 orang. Kelas yang kecil juga membolehkan anda mendapat perhatian yang cukup daripada sifu anda.

Kurang yakin dengan keberkesanan kelas kolejforex? Silalah bertanyakan bekas-bekas pelajar kami. Jika anda berminat untuk mendapatkan bukti keberkesanan kelas di kolejforex, sila hubungi kami. Mereka yang pernah menghadiri kelas kami memberikan komen yang amat memberangsangkan. Masing-masing berterima kasih dan cukup berpuashati dengan hasil yang mereka perolehi.

Simtom Kelabu Mata

Para trader sekelian, tanpa berlengah, mari kita bayangkan senario ini.

Pasaran tetiba aktif semasa kita mula duduk mengadap komputer. Garisan putih yang naik turun mengikut harga macam terlambung-lambung bagai bebola ikan dalam air menggelegak. Dalam keadaan macam ni, memang simtom yang paling awal nak datang ialah simtom gatal tangan. Lepas tu? Jadi, kita pun…

Memandangkan pasaran tengah aktif, rugilah kalau tak ambil kesempatan untuk trade. Jadi kita pun terus-terusan buka post. Satu demi satu. Biarpun ada post yang terapung… tergantung tak bertali..kita yakin, dengan harga yang rancak naik turun, dengan paten yang memang dah tetap dan cantik, tiap post yang dibuka pasti mengena. Kitapun check tiap pair yang popular, mana tahu ada peluang kaut untung dengan pair-pair lain juga?! GU memang pair kegemaran sekarang, tapi kalau EU pun tengah aktif, apa salahnya main EU pulak? Detik hati lagi. Dengan dua klik, satu post baru menyambung senarai post sedia ada.

Seterusnya, EJ nampak cantik. Paten pun cantik, contant saja. Kalau buka post pasti kena. Selang seminit, post EJ pula menyertai senarai post-post kita yang sedia ada. Di ketika yang syahdu ni mata masih lagi tertumpu pada carta. Bukan senang nak cari waktu-waktu yang pasaran aktif macam ni. Buka post dalam masa tiga minit dah mengena. Macam pemancing jumpa lubuk – lontar saja joran, tak lama kemudian hasil di tarik ke darat. Siapa yang tak happy? Masa berlalu tiga jam pun tak sedar.

Sambil menunggu post-post kita mengena, kita pun melayari internet. Satu post mengena, satu lagi dibuka. Satu mengena, satu lagi dibuka. Tengah syok. Kejap-kejap, ada satu dua post yang dah mula berkelip-kelip hijau. OK, selamat. Bila mengena, buka post baru.

2 jam berlalu. Ait, tengok-tengok dah ada 6 post kesemuanya. Tadi tak perasan. Free margin dah jauh berkurang. Tengok post-post lain, yang negatif semakin bertambah nilainya. Dua post dah cecah negatif seratus lebih. Baru teringat nak buat kiraan. Kita pun mula congak-congak . Kalau tiga post bertambah rugi, margin akan tergugat. Check balik post-post lain, nampak macam lambat lagi nak mengena. Pair GU makin turun. Makin lama makin berdesup turun. Kita buka BUY. Mula nak gelabah.

Memandangkan GU sedang turun, kita buka post Sell. Mana tahu, mungkin boleh kumpul dengan cara tu pula. Terfikir pula, kalau GU turn, sebentar lagi EU pun turun, detik hati kecil. Buka pulak EU sebab nampak carta pun cantik saja. Jeling pula post GU tadi. Kalau dibiar post BUY tu, alamat, lagi parah. Fikir-punya fikir, kita pun cut loss. Senang, habis cerita. (kita kata, bukan orang kata). Malangnya, tak lama kemudian, GU reverse pulak. Alamak, rugi aku dah cut loss. Detik hati kecil, tapi kita maintain cool.

Tapi market tengah aktif. EU yang dijangka turun tiba-tiba dah naik pula. Alamak, apa nak buat? Free margin makin berkurang. OK, mungkin ada lot besar yang boleh ditutup. Periksa lagi post-post kita. Wah, memang betul, ada post besar yang boleh dikurangkan lot. Post EU sell 0.5 ditutup 0.3 lot. Tinggal 0.2 lot. Free margin naik sikit. Selang 5 minit kemudian, kita lupa yang kita baru kecilkan lot tadi. Buka pulak EU sell kerana paten pada carta nampak cantik semula. Pasaran tengah aktif, pasti dapat untung. Padahal, lupa nak pandang stochastic. Bila buka, harga berada jauh dari kawasan oversold atau overbought. Alamak, dah tersilap langkah ni. Tak perasan lagi yang kita dah mula…Kelabu Mata!

Jari telunjuk makin pantas klik tetikus. Tetikus pula mula meluncur-luncur di sebelah komputer. Buat pertama kali, tetikus kita macam tikus dalam siri katun ‘Tom and Jerry’. Tak henti bergerak.

Buka tutup, tutup buka, potong lot, cut loss dan tah apa-apa lagi, kita tengok kita dah cut loss beberapa kali, dah buka dan tutup pos beberapa kali hinggakan senarai TP dalam Account History kita yang tadinya cantik kini dah mula rongak. Lubang berselang seli dah mula bersusun-susun. Bila fikir balik, matlamat kita sekarang bukan lagi nak kaut untung, tapi dah beralih kepada nak selamatkan diri daripada kena Margin Call!

Setelah bertungkus lumus nak elak margin call (tutup buka post dan cut loss bertubi-tubi), keadaan kembali selamat bila hanya tinggal dua post masih terapung. Baki kita kembali ke jumlah asal. Kurang pun kuranglah, asalkan tak lenyap terus. Kita pun tarik nafas panjang dan buat keputusan berhenti dulu aktiviti trading untuk…5 minit!(harapnya tidaklah untuk 5 minit saja). Akhirnya, segala usaha tungkus lumus kita membawa kita kembali ke jumlah asal sebelum memulakan sesi trading tadi! padahal, masa mula-mula trade tadi dah kumpul hampir 60 pip! Lepas tu hilang ke semuanya.)

Apapun, bagi saya, aktiviti trading di atas umpama satu pembedahan .Pakar bedah bertungkus lumus menyelamatkan nyawa pesakit (nak selamatkan baki akaun kita). Dan sampai di satu tahap, kita sebenarnya dah kelabu mata- nampak semua samar-samar. Sama macam pakar bedah nak selamatkan nyawa-nyawa ikan pesakit. Nak kaut untung pun jauh samar-samar. Bila jadi begini, bagi kebanyakan trader, Keyakinan boleh hilang. Kawalan diri boleh melayang…dan akhirnya baki akaun pun melayang. Kalau kira kes pakar bedah, nyawa pesakit tu kira dah hampir melayang…

Moga ada iktibar di sebalik kisah tadi dan moga anda dapat berwaspada dan tidak perlu melalui detik-detik getir begini.

Cinta pada forex…

Cinta itu Buta

Seperti kata orang, cinta itu buta, akibat cinta ramai yang merana. Kata orang lagi, bila dilamun cinta, ‘makan tak lalu, tidur tak lena’.

Tak perlulah saya huraikan lebih panjang tentang cinta kerana pasti ramai yang telah melaluinya. Apa yang ingin diperkatakan di sini ialah cinta pada forex. Ya, cinta pada forex. Tak salah kalau dikatakan ada trader yang seperti ‘bercinta’ dengan forex. Siang malam pagi petang ingatkan forex. 24 jam sehari mengadap forex. Mandi bagai tak basah, makan bagai tak kenyang, tidur tak lena kerana forex. Yang lebih teruk lagi, kalau nak tinggal komputer pun jadi takut (sampai bawa laptop ke meja makan)… takut kerugian L

Bila kecewa dalam berkasih, hati terluka. keyakinan diri dan kepercayaan terhadap orang lain semakin menipis. Kesedihan menyelubungi diri untuk seketika sehingga luka di hati benar-benar sembuh. Dan bila tiba masanya, sisa-sisa keyakinan diri dikumpul semula untuk meneruskan kehidupan. Hati yang kecewa terubat sudah dan si single tadi bersedia untuk terjerumus kembali kelembah cinta.

Begitu juga bagi forex- ramai yang merana kerananya. Kecewa bila kerugian, gembira bila mendapat keuntungan. Dalam berkasih, kesilapan kecil masih boleh diterima, tapi bila perang dingin dah jadi perang panas hati mula sakit, perasaan kecewa membunuh semangat (Frust menonggeng J) Dalam forex pula, sama juga, rugi sikit-sikit boleh diterima, bila rugi besar, nak buka mulut pun malas. Fikiran kusut, rambut berserabut.

D alam dunia forex, pencintanya kecewa bila kerugian tak tertanggung terpaksa juga ditanggung. Bila ini berlaku, semuanya jadi tak kena. Untuk seketika, kita perlukan masa untuk mengubati luka. Kita perlukan masa untuk bermuhasabah; apa yang tidak kena, di mana silap kita, atau paling tidakpun, kita perlukan masa untuk menenangkan fikiran. Bagi yang kuat semangat, sisa-sisa keyakinan diri dikumpul semula dengan lebih pantas dan perjuangan dalam forex diteruskan semula. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Bagi yang mempunyai kekuatan diri, mereka sedar bahawa kesabaran dalam menghadapi kegagalan adalah pelengkap diri untuk mencapai kejayaan!

Walaubagaimanapun, janganlah dijadikan cinta pada forex itu cinta yang buta. Dalam forex kita perlu sentiasa sedar akan tindakan kita. Kita perlu sentiasa berhati-hati. Setiap langkah diambil dengan berwaspada. Manakan tidak, dalam dunia forex kita berhadapan risiko di hujung jari. Satu klik mungkin berharga puluhan atau ratusan dolar. Begitu mudah untuk mempertaruhkan wang kita.

Jangan pula anda berpendapat anda perlu sentiasa mengadap komputer 24/7 untuk mendapat hasil trading forex. (Berkepit dengan komputer bagai pasangan muda yang dilamun cinta ;) Jika kena caranya, berdagang forex beberapa minit sehari sudah mampu memberikan pendapatan yang lumayan. Dengan pengalaman dan pembelajaran yang cukup, anda dapat mengenali dan mencintai forex tanpa menjadikan cinta padanya cinta buta! Jadikanlah matlamat anda mempelajari forex sehingga anda mampu mendapat keuntungan berterusan dan dapat berdagang dengan tenang dan santai…macam pro!

Wednesday, February 10, 2010

Apabila anda sertai..

Apabila anda telah membuat pesanan untuk sertai KOLEJFOREX, saya akan emailkan semua material KOLEJFOREX kepada anda dengan segera.

Sertailah KOLEJFOREX dan anda akan dibekalkan dengan ilmu forex yang mudah, senang, ringkas, berkesan serta boleh menghasilkan keuntungan serta merta di dalam FOREX.

Azman

Azman sentiasa WIN dalam FOREX

Pada saya "Forex is like a chess game". Tapi beza nya ianya sama ada WIN or LOSE, tak ada DRAW. Bila saya pakai teknik Sdr Fendi, ENDGAME saya adalah sentiasa WIN. Tak kira OPENING, MIDDLE GAME ON LOSE POSITION tapi ENDGAME setiap bulan sentiasa POSITIVE.

Bila pakai teknik Sdr Fendi, IF U PLAY SAFE, THEN U’ll DEFINITELY SAVE IN MAKING PROFIT’

Azman- Bandar Baru Bangi