Buka Akaun!

Apa yang paling penting dalam FOREX?

Anda juga boleh layari di sini

Tuesday, February 16, 2010

Definisi Istilah Analisis Teknikal

Analisis Teknikal

Analisis teknikal adalah satu daripada dua kaedah menjangka dan menentukan corak pergerakan harga masa depan berdasarkan kajian menggunakan statistik yang diperolehi daripada aktiviti dagangan (seperti harga di masa lepas). Kedah ini membabitkan penggunaan carta dan pelengkapannya (‘tools’) untuk mengenal pasti patern pergerakan harga (naik/turun) dan menentukan anggaran jumlah kenaikan dan penurunan seterusnya .

Pakar-pakar pengkaji analisis teknikal percaya bahawa sejarah aktiviti dagangan masa lepas dapat menentukan corak pergerakan harga di masa depan.

Bagi memahami perbezaan di antar ke dua-duanya, penganalisis memberikan contoh berikut;

Bayangkan anda ingin membeli barangan dari sesebuah pasaraya-

Untuk analisis asas atau fundamental; bagi senario di atas, anda akan mempertimbangkan dan mengkaji dari sudut nilai, kualiti , jenis, kepelbagaian barangan yang dijual di pasaraya berkenaan.

Untuk analisis teknikal: bagi senario yang sama di atas, anda akan mempertimbangkan dan mengkaji corak dan aktiviti keluar masuk pelanggan ke pasaraya berkenaan. Anda juga masuk membeli berdasarkan jumlah ramai pelanggan yang masuk membeli di situ.

Jika anda lihat Meta4, ini adalah bentuk analisis teknikal di mana anda menggunakan carta dan kelengkapan yang disediakan di dalamnya bagi tujuan memaksimumkan penggunaan dan keberkesanannya.

1 comment:

  1. Halo,
    Perkenalkan, Nama saya Wenny
    Saya adalah development dari ForexMart, Kami melihat website anda dan kami ingin mendiskusikan kerjasama kemitraan dengan Anda. 
    Boleh saya minta kontaknya untuk menjelaskan lebih lanjut atau anda bisa langsung menghubungi saya ke wenny@forexmart.com, terimakasih

    ReplyDelete